Posting lama yang aku tak post..
Sunday 3/06/07 11.45pm
Erm, hari ini sungguh membosankan. Tiada aktiviti yang aku lakukan melainkan duduk rumah menghadap PC dan TV. Ingatkan pagi tadi nak gergaji pokok mangga sebelah rumah.. Akhirnya menjadi aku terbaring kemalasa. InsyaAllah esok pagi.. Tengok TV takde apa yang menarik. Kadang2 cerita PCK pun boring gak. Channel lain tak habis2 Gangstarz, ntah apa2 idol and apa je citer yang tak menarik langsung. TV9 plak ada halaqah tapi gambar hitam putih jer, suara tak jelas. Langsung menghancurkan mood aku menonton TV. Pagi tadi sibuk download manga.. Since mula final exam langsung tak sentuh and update citer naruto dengan onepiece.. Ntah apsal aku jadi malas tiba2..
Result sebenar dah kluar.. Alhamdulillah meningkat lagi pointer. Agak secure skit, lega hati aku.. Bukan selalu aku dapat pointer baik. Dari dulu sampai sekarang semuanya average. Nak kata excel takdelah sangat, cukup untuk lepas. Result sebenar ni tak bagitahu mak lagi. Erm, moga mak gembira mendengarnya. Dulu masa kecik, kalau result average or teruk sudah pasti rotan memang melekat kat kaki dan badan. Bagi kaum Chinese, education is important. Masa darjah 1 hingga darjah 3, bila tiba sabtu ahad maybe adalah waktu lapang bagi orang biasa. Namun bagi aku ketika itu bagaikan suatu nightmare. Pagi-pagi sebelum mak masak tengahari, aku diberi masa untuk menghafal sifir. Dari sifir 2 hingga sifir 14.. Kalau tak ingat konfom mak akan sebat kat kaki dan disuruh hafalnya sehingga lancar mulut menyanyikan lagu sifir. Selepas itu kena menghafal ejaan dalam English.. Scissors, plastic, telephone dan lain2 semuanya mesti dieja dengan baik dan lancar. Kalau tidak, memang merahlah mata hujung minggu. Tengok TV Cuma waktu petang sahaja, waktu malam pukul 9malam dah kena masuk tidor. Kalau ada cerita yang betul2 best, barulah boleh stay sampai kul 11. Lebih dari itu walaupun cerita tak habis, kena masuk tidur, by hook or by crook.. Itulah mak aku didik aku. Sejak aku masuk form 3, mak mula tak marah mengenai akademik aku. lain dari tuh memang lah kena sebab naik lemak..huhu, jahat juga aku dulu. Dulu ngaji al-Quran pun gitu, ustaz yang ajar tuh terlampau garang. Ingat lagi rupa dan wajahnya sampai sekarang. Nak tahu, ustaz itu merupakan calon PAS yang betanding di salah satu kawasan di Melaka. Setiap kali salah konfom menitik air mata jatuh atas al-Quran. Bile aku melihat ‘Mari Belajar Al-Quran’ di TV9 aku merasakan adik2 itu sungguh beruntung. Mungkin zaman sudah berubah, dulu kami kena rotan, marah, piat lengan or telinga, kena pukul dengan cikgu memang tak berani bagitahu mak dan ayah (mak lebih penting tak tahu). Tapi waktu tu aku kecik, memang jenis telus dan jujur bagitahu peristiwa disekolah, zasss sambung lagi babak yang tidak dihabiskan oleh cikgu2 kat sekolah. Menangislah lagi.. Education zaman dulu bagaikan berada dalam slot muhasabah setiap program.. Malah lebih dasyat..
Anyway, lagi 10kredit nak grad.. Tak sabar to be apart dalam negeri. Eeee, aku baru balik dari Kelantan. Haha inilah kali kedua aku kesana. Tak ramai sangat pun sahabat2 yang aku jumpa. Adalah juga keta kami bertembung dengan abang Afnan. Lama tak jumpa, baju dia yang tertinggal di Melaka masih ada lagi pada aku.. Dah grad dah pun. Kak Masyitah pun sama, dapat posting ke hospital Sultanah Aminah. Bolehlah jemput bagi pengisian dalam usrah nanti.. Abg Dzia + Kak Aisyah dan kak Nazriyah + Abg Aidil akan berkahwin bulan ni. Both couples are my senior. Terima kasih banyak atas bimbingan dan nasihat yang diberi. Eventhough dah grad tapi still tanya khabar anak usrahnya.. Depalah tok guru tarbiyyah dan siasah aku.
Owh, kembali ke journey to Kelantan. Well seronok dapat berjalan cuti nih. Tak sampai 3 bulan, aku telah pun round Johor, N.Sembilan, K.Lumpur, Selangor, Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu. Apa yang ada di Kelantan memang jauh beza dari Melaka. Sempat pi ke PUTIK. Huhu, kali ini aku tak bawa balik souvenir dari Kelantan tapi yang aku bawa balik adalah buku yang aku beli dengan diskaun 30%. Siapa yang suka berperang memang buku ni sesuai utk dibaca. Erm, hanya 2 buku je yang dijual ketika itu. Dua-dua buku tu juga kami beli. Jangan bagi orang lain beli buku tuh, hahhahahahah.. Bab kata orang yang suka main game, it is very rare item.
Erm, makanan kat Kelantan memang berbeza. Pagi2 lagi ada orang jual satay. Memang pelik, kat sini waktu malam2. Kalau minta milo tarik kurang manis memang rasanya macam milo tarik biasa. Minta carrot susu kurang manis pun gitu gak. Erm, it can’t be help. Orang Kelantan ni manis2 ke orangnya.. Ngerinye kenyataan ni.. Hehe, aku belajar juga cakap kelantan. Huhu, adalah beberapa orang yang kutuk aku bile cakap Kelantan.. sabau je lah.. Sebut pasal makan tadi, malam sebelum bertolak balik kena pening kepala dll, rupa2nye kena food poisoning. Kifarah rasanya malam tuh, buat hal yang tak sepatutnya dibuat dek mana2 orang. Tebal muka, rasa semuanya ada.. Rasa macam tak matang. Anyway journey to the East really enjoyed for me..
Tuesday 5/06/07 7.37
Hari ini aku agak tertekan. Sekarang ni aku agak sukar membezakan antara mimpi dan reality. Pagi tadi aku mimpi yang aku akan ke UK. Yang bestnye aku siap packing barang dan dah beli tikel ke KLCC. Namun setiap kali ingin memulakan journey, mesti ada problem yang timbul. Tiket ke UK dah habis lah.. Macam2.. tertekan sebab setiap kali mimpi utk jalan jauh2 mesti ada yang tak kena or tak jadi. So bile bangun tidur tadi rasa macam frust skit.. Recently aku pun selalu bermimpi cerita sedih. Sedih giler aku dibuatnye. Itu sebab aku rasa bahawa aku ni dah tak reti nak bezakan antara mimpi dan reality. Bangun2 tidur tuh rasanye kena amik 10minit baru sedar dari lamunan mimpi.
Hari ni dapat calling dari abang Syukran.. Dia nak mai ke umah Abi dengan abang Syakiran. Syukran + Syakiran, owh macam couple of the year. Hehe, dua2 tetamu ni sangat istimewa, bukan selalu datang Melaka orang2 usmkk..
p/s: gambar terbaru abg afnan pun ada.huhu gue takda caya beb, abg afnan membesar macam raksasa..makan! makan! makan budok!!!





Loading...
Nice…
Crist - February 7, 2008 at 9:25 pm