My Side of Story…
Just another untold chapter of my life..

Akhlak dalam Islam (Akhlak Tentera Allah)

Introduction

1.      Akhlak yang terkandung dalam Islam terlalu banyak dan pelbagai.

2.      Kesemua akhlak dalam Islam merupakan akhlak yang utama yang perlu pada seorang mukmin.

3.      Baginda Muhammad saw merupakan contoh manusia yang berakhlak sempurna.

  • Nabi Muhammad saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
  • Akhlak Rasulullah saw seperti al-Quran

4.      Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menerangkan mengenai akhlak-akhlak dalam Islam.

5.      Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menerangkan mengenai akhlak-akhlak dalam Islam:

  • Surah al-Asr
  • Surah Ali Imran: 142
  • Surah Muhammad: 31
  • Dll

Main point

Dalam kesemua akhlak-akhlak yang ada dalam Islam merupakan cabang dari akhlak yang paling utama. Apakah dia akhlak yang paling utama sehingga akhlak-akhlak lain dikatakan sebagai cabang?

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (Surah al-Maidah: 54-56)

Dari huraian ayat tersebut, disimpulkan ada 5 akhlak yang paling utama iaitu:

1.       Yuhibbuhum wayuhibbuunahu (Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah)

  • berkaitan dengan iman, aqidah dll
  • pergantungan terhadap Allah Taala dalam setiap perancangan dan perbuatan

2.      Adzillatin ‘alal-mukminin (bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin) 

  • berkaitan dengan ukhuwwah sesama ahli 
  • berkaitan dengan dakwah umum – dakwah berasaskan kasih sayang & rasa tanggungjawab selamatkan mereka dari azab neraka Allah
  • berlapang dada dengan jamaah lain (taadud jamaah)

3.      A’izzatin ‘alal-kafirin (bersikap keras terhadap kafir)

  • berkaitan tentang inqilabiyyah
  • berkaitan dengan tahaluf siyasi – konsep bertegas

4.      Yujahidduna fi sabilillahi wala yakhaafuna laumata laa’im (berjihad di jalan Allah dan tidak takut terhadap orang yang mencela)

  • jihad merupakan klimaks utk setiap amalan (puncak ledakan proses islah)  
  • berjihad mengikut kemampuan sendiri & organisasi

5.      Ayat surah al-Maidah ayat 55:    

  • wala’  pada Allah dan Rasul      
  • patuh (Taat) – dengan dan patuh selama arahan/perintah bukan kearah kemaksiatan

Kesimpulan

1.      Akhlak ini bersifat jamaie

  • rujuk pada ayat awal surah al-Maidah:54 (..kelak Allah datangkan satu kaum (kumpulan)…)
  • dilakukan secara berjamaah
  • perlu menyertai dan mengekalkan diri dalam jamaah dan kepimpinannya (sangat penting)
  • berjamaah kita melatih diri (tarbiyyah) dengan akhlak2 dan adab2 dlm Islam

2.      Surah al-Maidah: 56

  • apabila mengamalkan kesemuanya, Allah beri kemenangan kepada pengikutNya yang taat. 

Rujukan

1. Jundullah: Tsaqafatan wa Akhlaqan oleh Said Hawwa 

One Response to “Akhlak dalam Islam (Akhlak Tentera Allah)”

  1. ambo toksey tok guru..ambo nok anok tok guru..anok tok guru comey loteh..tok guru tok smart lgsung.

    abduleh - March 16, 2008 at 6:54 pm

Leave a Reply